Selamat Datang ke Pusat Kegiatan Guru Cheras blogspot

Menyediakan info berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber,Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat di Zon Cheras.

Misi

Pembangunan Kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan

Visi

Meneraju Tranformasi Generasi Menerusi Teknologi Pendidikan

Objektif

Membudayakan penggunaan ICT dalam teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan

Pusat Kegiatan Guru Cheras

Sebagai nadi penggerak inovasi sekolah, BTPN Selangor sentiasa memastikan program-program BTP yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Thursday, February 16, 2017

TATACARA PENGUJIAN KELAJUAN JALUR LEBAR

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia

Berikut dilampirkan Tatacara Pengujian Kelajuan Jalur Lebar untuk rujukan dan tindakan tuan seterusnya. 

Pengujian Kelajuan Internet sekolah, disarankan dilaksanakan sebanyak 3 kali seminggu seperti Tatacara yang dilampirkan. 
       
Kerjasama serta sokongan tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Muat Turun

TATACARA PENGUJIAN KELAJUAN JALUR LEBAR

Wednesday, February 8, 2017

PELANCARAN HARI NILAM 1SELANGOR (HaN1S) PERINGKAT SEKOLAH 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada 

Tuan Pengetua/ Guru besar Sekolah-sekolah Zon Cheras

Tuan yang dihormati.

Pelancaran HaN1S tahun 2017 peringkat Negeri Selangor akan dijalankan pada 22 Februari 2017 dan semua sekolah di Negeri Selangor dikehendaki melaksanakan pelancaran Hari NILAM peringkat sekolah mulai 23 Februari 2017.

Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah menjalankan aktiviti berkenaan  mengikut ketetapan yang telah diberikan . Selain itu semua pelaporan pelancaran Hari NILAM peringkat sekolah ini perlu dihantar ke Pusat Kegiatan Guru Cheras pada atau sebelum 15 Mac 2017.

Bersama-sama ini disertakan surat rasmi program berkenaan untuk tindakan tuan.