Selamat Datang ke Pusat Kegiatan Guru Cheras blogspot

Menyediakan info berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber,Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat di Zon Cheras.

Misi

Pembangunan Kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan

Visi

Meneraju Tranformasi Generasi Menerusi Teknologi Pendidikan

Objektif

Membudayakan penggunaan ICT dalam teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan

Pusat Kegiatan Guru Cheras

Sebagai nadi penggerak inovasi sekolah, BTPN Selangor sentiasa memastikan program-program BTP yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saturday, February 21, 2015

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2015


Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2015 dari warga kerja PKG Cheras.


Friday, February 6, 2015

JEMPUTAN PENGETUA/GURU BESAR KE MAJLIS PELANCARAN NILAM SEDAERAH HULU LANGAT TAHUN 2015

Salam,

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2.     Sukacitanya dimaklumkan tuan/puan dijemput hadir ke Majlis Pelancaran NILAM SeDaerah Peringkat Daerah Hulu Langat yang akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

Tarikh    : 26 Februari 2015
Tempat  : Dewan SMK Bandar Rinching,Semenyih
Masa     : 8.30 pagi

Surat jemputan.  

PELANCARAN PROGRAM NILAM SEDAERAH PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 2015

Salam,

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2.     Sehubungan dengan itu, pelancaran NILAM seDaerah akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh  : 2 Mac 2015
Tempat: Semua sekolah Daerah Hulu Langat
Masa: Masa Perhimpunan.

3.    Berikut disertakan kertas kerja perasmian NILAM seDaerah, teks ucapan perasmian dan format laporan NILAM seDaerah untuk panduan pihak tuan. Laporan pelaksanaan program ini perlu dihantar ke PKG mengikut zon masing-masing sebelum atau pada 13 Mac 2015.

BENGKEL PENYELARASAN AKTIVITI GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA DAERAH HULU LANGAT 2015

Salam,

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2.      Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan dibawah:

Tarikh   : 23 Februari 2015
Tempat : Blok E, PPD Hulu Langat
Masa    : 2.00 petang

Muat turun surat panggilan.