Selamat Datang ke Pusat Kegiatan Guru Cheras blogspot

Menyediakan info berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber,Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat di Zon Cheras.

Misi

Pembangunan Kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan

Visi

Meneraju Tranformasi Generasi Menerusi Teknologi Pendidikan

Objektif

Membudayakan penggunaan ICT dalam teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan

Pusat Kegiatan Guru Cheras

Sebagai nadi penggerak inovasi sekolah, BTPN Selangor sentiasa memastikan program-program BTP yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wednesday, June 17, 2015

MEDIA: BENGKEL PEMBUGARAN iNILAM ZON CHERAS

27 Mei 2015 : Satu Bengkel Pembugaran iNILAM Zon Cheras telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Cheras. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Nurhuda, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Cheras dan dihadiri oleh 33 orang Guru Perpustakaan dan Media Zon Cheras. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengumpulkan data iNILAM bagi pertengahan tahun 2015.


klik untuk lebih gambar

MEDIA : BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) UNTUK GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

28 hingga 29 Mei 2015:- Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran menggunakan VLE telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Cheras. Cik Nurhuda, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Cheras telah membimbing guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sekitar Zon Cheras untuk membina laman pembelajaran. Diharap semua guru yang terlibat sepanjang bengkel dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan.


klik untuk semua gambar

MEDIA : BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) UNTUK GURU BAHASA MALAYSIA

16 hingga 17 Jun 2015:- Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran menggunakan VLE telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Cheras. Cik Nurhuda, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Cheras telah membimbing guru-guru Bahasa Malaysia sekitar Zon Cheras untuk membina laman pembelajaran. Diharap semua guru yang terlibat sepanjang bengkel dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan.


klik untuk semua gambar

Monday, June 15, 2015

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
DAN
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

daripada warga kerja PKG Cheras

Thursday, June 11, 2015

BENGKEL PEMBINAAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) UNTUK GURU BAHASA MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2.     Sehubungan dengan itu, Bengkel Pembinaan Laman Pembelajaran (VLE) Untuk Guru Bahasa Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh  : 16 hingga 17 Jun 2015
Tempat:  Bilik Mesyuarat, PKG Cheras
Masa:     8.00 pagi - 5.00 ptg

Muat turun surat panggilan 
Bahan bengkel

Monday, June 1, 2015

MEDIA:PEMANTAUAN SEKOLAH AHLI : SK CHERAS JAYA

30 Januari 2015 : Pemantauan ke Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya  telah dijalankan bagi memantau pengurusan Pusat Sumber Sekolah , ICT, Teknologi Pendidikan serta pelaksanaan MBMMBI di sekolah.

MEDIA: MISI BANTUAN SUKARELAWAN PASCA BANJIR KE PAHANG : SK KUALA KRAU

Pada 8 dan 9 Januari 2015 , Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat telah terpanggil untuk mengadakan Misi Bantuan Sukarelawan Pasca Banjir ke Negeri Pahang iaitu di Sekolah Kebangsaan Krau. Cik Nurhuda mewakili Pusat Kegiatan Guru Daerah Hulu Langat juga telah terpanggil untuk bersama-sama menyumbang tenaga bagi membersihkan kawasan sekolah yang terbabit.






klik untuk semua foto

MEDIA:MESYUARAT PELANCARAN NILAM SEDAERAH HULU LANGAT 2015

22 Januari 2015 : Satu mesyuarat telah diadakan melibatkan semua pegawai Pusat Kegiatan Guru Daerah Hulu Langat bersama-sama Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat bagi membincangkan aktiviti yang melibatkan NILAM daerah dan pelancaran NILAM SeDaerah bagi tahun 2015.


klik untuk semua foto

MEDIA:PEMANTAUAN SEKOLAH AHLI : SMK DESA SERDANG

27 Januari 2015 : Pemantauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Serdang telah dijalankan bagi memantau pengurusan Pusat Sumber Sekolah , ICT, Teknologi Pendidikan serta pelaksanaan MBMMBI di sekolah.
klik untuk semua gambar

MEDIA:PEMANTAUAN SEKOLAH AHLI : SK SUNGAI SERAI

19 Januari 2015 : Pemantauan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai telah dijalankan bagi memantau pengurusan Pusat Sumber Sekolah , ICT, Teknologi Pendidikan serta pelaksanaan MBMMBI di sekolah.


klik untuk semua foto

MEDIA:PEMANTAUAN SEKOLAH AHLI:SK DUSUN NANDING

19 Januari 2015 : Pemantauan ke Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding telah dijalankan bagi memantau pengurusan Pusat Sumber Sekolah , ICT, Teknologi Pendidikan serta pelaksanaan MBMMBI di sekolah.


klik untuk semua foto

MEDIA:PEMANTAUAN SEKOLAH AHLI: SMK PERIMBUN

15 Januari 2015 : Pemantauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun telah dijalankan bagi memantau pengurusan Pusat Sumber Sekolah , ICT, Teknologi Pendidikan serta pelaksanaan MBMMBI di sekolah.



klik untuk semua foto

MEDIA:PEMANTAUAN SEKOLAH AHLI : SJKC BATU SEMBILAN

14 Januari 2015 : Pemantauan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Batu Sembilan telah dijalankan bagi memantau pengurusan Pusat Sumber Sekolah , ICT, Teknologi Pendidikan serta pelaksanaan MBMMBI di sekolah.



klik untuk semua foto

MEDIA:PEMANTAUAN SEKOLAH AHLI : SK BATU SEMBILAN



14 Januari 2015 : Pemantauan ke Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan telah dijalankan bagi memantau pengurusan Pusat Sumber Sekolah , ICT, Teknologi Pendidikan serta pelaksanaan MBMMBI di sekolah.



klik untuk semua foto