Selamat Datang ke Pusat Kegiatan Guru Cheras blogspot

Menyediakan info berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber,Teknologi Pendidikan dan Teknologi Maklumat di Zon Cheras.

Misi

Pembangunan Kapasiti dan Peningkatan Kualiti Pengurusan Instruksional Menerusi Pembudayaan Inovasi Teknologi Pendidikan

Visi

Meneraju Tranformasi Generasi Menerusi Teknologi Pendidikan

Objektif

Membudayakan penggunaan ICT dalam teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru secara berterusan

Pusat Kegiatan Guru Cheras

Sebagai nadi penggerak inovasi sekolah, BTPN Selangor sentiasa memastikan program-program BTP yang telah diatur mampu meningkatkan inovasi dalam pendidikan di sekolah-sekolah negeri Selangor. Ini adalah penting untuk melahirkan satu modal insan yang mampu menyokong dan membantu merealisasikan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Thursday, December 31, 2015

Perutusan Tahun Baharu 2016 Oleh Pengarah Pendidikan Selangor




PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2016

OLEH

PENGARAH PENDIDIKAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum WBT,

Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.

“Transformasi merupakan suatu perjuangan yang amat mencabar. Begitu juga dengan kembara transformasi pendidikan negara yang sedang kita lalui. Oleh yang demikian, setiap seorang daripada kita mesti memainkan peranan masing-masing bagi memastikan generasi masa hadapan dibekalkan dengan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni untuk menjadi rakyat yang dapat menyumbang bukan sahaja kepada kesejahteraan diri malahan kepada kejayaan negara jua.”

Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)

Alhamdulillah, segala puji selayaknya bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menukilkan sepatah dua kata menerusi ruangan ini. Saya kongsikan pernyataan Yang Berbahagia Dato’ Sri KPPM agar kita sama-sama terpanggil untuk menyambut hasrat yang dicetuskan oleh beliau tentang kembara transformasi yang sedang kita jalani bagi menjayakan aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Justeru, menjadi tanggungjawab kita sebagai warga pendidikan JPN Selangor untuk menilai dan bermuhasabah sejauh mana kerja buat kita dalam menyokong pelaksanaan PPPM terutamanya sepanjang Gelombang Pertama PPPM iaitu dari tahun 2013 hingga 2015 yang memberikan tumpuan ke arah mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama. Selain itu, persoalan yang perlu kita fikirkan adalah sejauh mana kita Sedar, Faham, Mahu dan Boleh Buat bagi menjayakan inisiatif-inisiatif yang digagaskan dalam PPPM.

Sementelahan, kedatangan tahun 2016 ini memberikan isyarat bahawa kembara transformasi PPPM sudah memasuki ke pintu gerbang Gelombang Kedua yang bermula dari tahun 2016 hingga 2020. Sudah tentu hal ini akan memberikan cabaran baharu apatah lagi pada fasa Gelombang Kedua ini tumpuan akan diberikan pada usaha untuk memacu peningkatan sistem agar dapat mengukuhkan transformasi pendidikan negara kita. Oleh itu, pada tahun 2016 ini, saya yakin tahap kesiapsiagaan warga pendidikan negeri Selangor sudah berada pada tahap Mahu dan Boleh Buat. Seperti yang selalu saya uar-uarkan; “Hasil yang luar biasa datangnya daripada usaha yang luar biasa”, itulah pegangan serta iltizam yang seharusnya tersemat pada setiap warga pendidikan bagi memastikan kita dapat merealisasikan slogan Pendidikan Selangor Terbilang.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga pendidikan negeri Selangor, sama ada di JPN, PPD, BTPN, PKG atau di sekolah-sekolah, atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tahun 2015. Tanpa sumbangan dan komitmen daripada semua sudah tentulah agak sukar untuk kita melaksanakan segala agenda transformasi bagi melonjakkan pendidikan di negeri Selangor yang kita cintai ini. Akhir sekali saya ungkapkan kata-kata pujangga terkenal Hamka:

“Jangan takut jatuh, kerana hanya mereka yang tidak pernah memanjatlah yang tidak mengenal erti jatuh; Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah mereka yang tidak pernah melangkah dan mencuba”

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, Wassalamualikum WBT.

ZAINUREN BIN MOHD NOR SMP, AAP

Pengarah Pendidikan

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

UCAPAN TAHUN BAHARU 2016 OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN


Tahun 2015 bakal melabuh tirai. Lima bulan pertama saya menerajui KPM; memahami Dasar dan Polisi, mengenali serta menjalin hubungan positif dengan pihak pengurusan dan pentadbiran dan menyusuri setiap isu-isu utama pendidikan. Beberapa langkah proaktif telah dibuat sebagai langkah pertama untuk perlaksanaan menyeluruh.
Tahun 2016 bagi saya adalah tahun permulaan untuk memperkasakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, khususnya bagi mengerakkan anjakan Gelombang ke-2 PPPM 2016-2020 (G2 PPPM 2016-2020).
Dalam konteks G2 PPPM tersebut, di antara fokus utamanya ialah menjurus kepada peningkatan profesionalisme pendidik dengan mengambil kira pandangan daripada guru-guru sendiri, meningkatkan akses pendidikan serta inklusif kepada semua kumpulan dan peningkatan kecekapan pengurusan serta pentadbiran di semua peringkat. Objektifnya ialah sudah pasti bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.
Saya akui banyak cabaran yang akan kita hadapi terutama yang melibatkan kepentingan golongan pendidik itu sendiri yang menjadi pemangkin utama. Justeru, beberapa langkah awal yang telah diambil sebelum ini dalam menangani isu “Duka Lara”, kepelbagaian tugas/tanggungjawab guru, prasarana sekolah, keselesaan dan keselamatan pelajar akan tetap diberi perhatian berterusan untuk penambahbaikan.
Setiap cabaran mempunyai tahap penyelesaian yang berbeza dan mengambil tempoh masa tertentu untuk diselesaikan. Oleh itu, saya berharap agar semua pihak tetap bertindak professional dan tidak menjadikan cabaran itu sebagai halangan.
Semoga dengan bermulanya sesi persekolahan 2016 ini, kita tetap bersama-sama berusaha memperbaiki kelemahan dan menambahbaik kekurangan yang timbul. Selamat Tahun Baharu 2016!

Friday, December 4, 2015

PENTING VLE: PANDUAN PENGGUNAAN FROG VLE DI SEKOLAH


                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

                           

PENTING ICT ; PENGURUSAN ASET BAGI PERALATAN ICT YANG DISENGGARA SECARA GANTIAN (1 PP)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

            Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara diatas dan minit mesyuarat penyelenggaraan peralatan ict sekolah – sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) Bil.2/2015 bertarikh 12 Ogos 2015 adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan peralatan ict yang disenggara secara menukar ganti dengan peralatan baharu perlu mematuhi tatacara seperti mana yang terkandung dalam 1perkeliling perbendaharaan ( 1PP ) yang sedang diguna pakai.


3. Oleh yang demikian bersama ini dilampirkan tatacara, carta dan  Borang GS01 sebagai rujukan dan tindakan pihak tuan.

Thursday, December 3, 2015

PENTING MBMMBI : PENGEDARAN BAHAN DIGITAL BAGI PELAKSANAAN DASAR MBMMBI 2015

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman pihak tuan, PKG Cheras akan mengedarkan CD MBMMBI untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.  CD tersebut perlu digunakan menjelang sesi persekolahan 2016.


3.         Sehubungan dengan itu, jasa baik tuan adalah dipohon untuk menghantar wakil ke PKG Cheras untuk mengambil CD berkenaan  mulai 7 Disember 2015.




CD MBMMBI SEKOLAH MENENGAH 2015 - BAHASA MELAYU

CD MBMMBI SEKOLAH MENENGAH 2015 - BAHASA INGGERIS

CD MBMMBI SEKOLAH RENDAH 2015 - BAHASA MELAYU
                                  


Wednesday, November 25, 2015

PENTING ICT: Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook: Isu Bateri Chromebook Menggelembung

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

Untuk pengetahuan, aduan mengenai bateri Chromebook menggelembung semakin meningkat.

Sebagai makluman awal sebelum mendapat penjelasan, jalan penyelesaian dan langkah pencegahan yang rasmi daripada YTLC serta Samsung, sila ambil maklum perkara-perkara berikut (tertakluk kepada perubahan):

1.       Punca Bateri Menggelembung
-          Chromebook yang ditutup tanpa ‘proper shutdown’ menjadikan Chromebook dalam status ‘sleep’.
-          Selepas itu Chromebook disimpan dalam Chrome Cart dan disambung power charger.
-          Chrome Cart dibiarkan ‘turn on’ tanpa ditutup bekalan elektrik.
-          Chromebook akan sentiasa dalam keadaan sedang dicas.
-          Power adapter yang disimpan dalam Chrome Cart akan sentiasa panas menyebabkan dalam Chrome Cartpanas.
-          Chromebook terdedah terlalu lama dengan suhu melebihi 30⁰C dan sentiasa dalam keadaan dicas menyebabkan bateri menjadi menggelembung.

2.       Jalan Penyelesaian
-          Bateri yang menggelembung perlu diganti baharu

3.       Kesan/Akibat Jika Tidak Diselesaikan
-          Komponen Chromebook lain yang ditolak oleh bateri menggelembung seperti casingkeyboard atau touch padboleh rosak.
-          Skrin Chromebook tidak dapat ditutup.
-          Bateri menggelembung yang ditekan (semasa cubaan menutup skrin) atau terkena hentakan yang kuat boleh menyebabkan ia meletup dan membahaya pengguna.

4.       Langkah Pencegahan SEBELUM Berlaku Bateri Menggelembung
-          Chromebook ditutup secara PROPER SHUTDOWN serta pastikan bukan ‘sleep’.
-          Menutup suis bekalan elektrik Chrome Cart selepas selesai cas.

5.       Langkah Pencegahan SELEPAS Berlaku Bateri Menggelembung
-          Tidak memaksa atau menekan terlalu kuat semasa menutup skrin Chromebook. Jika tidak boleh ditutup, biarkan ia tanpa ditutup.
-          Tidak menyusun/meletak Chromebook menggelembung di bawah Chromebook yang lain.
-          Tidak mengecas Chromebook yang menggelembung.
-          Melaporkan kepada PKG/BTPN.

Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan/puan supaya dapat mengurangkan risiko bateri Chromebook menggelembung. BTP akan mengemukakan memo/surat rasmi berkenaan perkara ini selepas mendapat dokumen rasmi daripada YTLC/Samsung.

Kerjasama yang diberi didahului dengan ribuan terima kasih.

Thursday, October 29, 2015

SOAL SELIDIK KAJIAN PROGRAM NILAM

Bahagian Teknologi Pendidikan sedang menjalankan kajian tentang program NILAM.Kajian ini bertujuan untuk meninjau impak program NILAM yang telah dijalankan semenjak tahun 1999, di samping mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaannya di sekolah.

sehubungan dengan itu, kami memohon pihak sekolah mendapatkan kerjasama seorang guru dan dua orang murid untuk menjawab soal selidik dipautan berikut:


PENCAPAIAN TERBAIK 20 BUAH SEKOLAH ZON CHERAS LOGIN VLE SEHINGGA OKTOBER 2015.

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia

Semua Pengetua dan Guru Besar Zon Cheras yang dihormati,

Berikut adalah pencapaian terbaik 20 buah sekolah Zon Cheras login bagi Laman Pembelajaran Maya (VLE) sehingga 30 Oktober 2015. Tahniah kepada semua sekolah yang berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang. Diharap pihak sekolah dapat meninggkatkan lagi penggunaan VLE terutamanya dalam PdP.

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.






ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE- 44 2015 (22 OKTOBER - 28 OKTOBER 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-44  iaitu dari 22 OKTOBER 2015 - 28 OKTOBER 2015. Untuk makluman semua  peratus KPI pada bulan September 2015 ialah 18.7%. Terdapat sedikit penurunan penggunaan VLE pada minggu ini.  Diharap sekolah dapat tingkatkan usaha untuk tingkatkan penggunaan VLE di minggu mendatang. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.





ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE- 43 2015 (15 OKTOBER - 21 OKTOBER 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-43  iaitu dari 15 OKTOBER 2015 - 21 OKTOBER 2015. Untuk makluman semua  peratus KPI pada bulan September 2015 ialah 18.7%. Terdapat peningkatan penggunaan VLE pada minggu ini.  Diharap sekolah dapat tingkatkan usaha untuk tingkatkan penggunaan VLE di minggu mendatang. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.





Sunday, October 25, 2015

BENGKEL LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER CEMERLANG SK BANDAR TEKNOLOGI,KAJANG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Bengkel Lawatan Penanda Aras Pusat Sumber Cemerlang
SK Bandar Teknologi,Kajang akan diadakan pada ketetapan seperti
berikut:

Tarikh   : 27 Oktober 2015
Masa    : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Cheras

Bersama-sama ini juga dilampirkan sesalinan Surat Bengkel Lawatan
Penanda Aras Pusat Sumber Cemerlang SK Bandar Teknologi,Kajang untuk
tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.


Muat Turun Surat Bengkel Lawatan Penanda Aras PSS Cemerlang SK Bandar Teknologi Kajang

Thursday, October 15, 2015

MEDIA:KEMBARA NILAM ZON CHERAS 2015

14 dan 15 Ogos 2015 : Dengan kerjasama Jawatankuasa Permuafakatan Zon Cheras dan Guru Perpustakaan dan Media Zon Cheras telah menganjurkan satu aktiviti Kembara NILAM Zon Cheras 2015 yang bertempat di Kuala Selangor. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang melibatkan semua 66 orang pelajar dan 22 orang guru.



klik untuk lebih gambar

ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE- 42 2015 (8 OKTOBER - 14 OKTOBER 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-42  iaitu dari 8 OKTOBER 2015 - 14 OKTOBER 2015. Untuk makluman semua  peratus KPI pada bulan September 2015 ialah 18.7%. Terdapat peningkatan penggunaan VLE pada minggu ini.  Diharap sekolah dapat tingkatkan usaha untuk tingkatkan penggunaan VLE di minggu mendatang. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.





ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE- 41 2015 (1 OKTOBER - 7 OKTOBER 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-41  iaitu dari 1 OKTOBER 2015 - 7 OKTOBER 2015. Untuk makluman semua  peratus KPI pada bulan September 2015 ialah 18.7%. Terdapat peningkatan penggunaan VLE pada minggu ini.  Diharap sekolah dapat tingkatkan usaha untuk tingkatkan penggunaan VLE di minggu mendatang. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.





ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE- 40 2015 (24 SEPTEMBER - 30 SEPTEMBER 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke- 40  iaitu dari 24 SEPTEMBER 2015 - 30 SEPTEMBER 2015. Untuk makluman semua  peratus KPI pada bulan September 2015 ialah 17.7%. Terdapat peningkatan penggunaan VLE pada minggu ini.  Diharap sekolah dapat tingkatkan usaha untuk tingkatkan penggunaan VLE di minggu mendatang. Terima kasih.




Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.





ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE-39 2015 (17 SEPTEMBER - 23 SEPTEMBER 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-39  iaitu dari 17 SEPTEMBER 2015 - 23 SEPTEMBER 2015. Untuk makluman semua  peratus KPI pada bulan September 2015 ialah 17.7%. Terdapat peningkatan penggunaan VLE pada minggu ini.  Diharap sekolah dapat tingkatkan usaha untuk tingkatkan penggunaan VLE di minggu mendatang. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.





Monday, October 5, 2015

BENGKEL PENCAPAIAN i-NILAM ZON CHERAS 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Bengkel Pencapaian i-Nilam Zon Cheras 2015 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh   : 30 Oktober 2015
Masa    : 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Cheras

Bersama-sama ini juga dilampirkan sesalinan Surat Bengkel Pencapaian i-Nilam Zon Cheras 2015 untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


BENGKEL PENGURUSAN SISTEM FAIL ICT SEKOLAH PKG CHERAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Bengkel Pengurusan Sistem Fail ICT Sekolah PKG Cheras akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh   : 28 - 29 Oktober 2015
Masa    : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Cheras

Bersama-sama ini juga dilampirkan sesalinan Surat Bengkel Pengurusan Sistem Fail ICT Sekolah PKG Cheras untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BENGKEL PENGURUSAN SISTEM FAIL PUSAT SUMBER SEKOLAH PKG CHERAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Bengkel Pengurusan Sistem Fail Pusat Sumber Sekolah PKG Cheras akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh   : 12 - 13 Oktober 2015
Masa    : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Cheras

Bersama-sama ini juga dilampirkan sesalinan Surat Bengkel Pengurusan Sistem Fail Pusat Sumber Sekolah PKG Cheras untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Thursday, September 17, 2015

ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE-38 2015 (10 SEPTEMBER - 16 SEPTEMBER 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-37  iaitu dari 10 SEPTEMBER 2015 - 16 SEPTEMBER 2015. Untuk makluman semua  peratus KPI pada bulan September 2015 ialah 17.7%. Terdapat peningkatan penggunaan VLE pada minggu ini.  Diharap sekolah dapat tingkatkan usaha untuk tingkatkan penggunaan VLE di minggu mendatang. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.






Saturday, September 12, 2015

Bengkel Pembugaran VLE Kepada Admin Sekolah Zon PKG Cheras 2015

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa Bengkel Pembugaran VLE Kepada Admin Sekolah Zon PKG Cheras akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh   : 14 September 2015
Masa    : 8.30 pagi - 5.30 ptg
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Cheras

Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

Muat turun:-
  1. Surat panggilan bengkel.
  2. PPT bengkel
  3. Nota untuk Admin VLE
  4. Menghantar tugasan
  5. Panduan Admin
  6. Soalan & Jawapan
  7. Panduan tukar password donggle
  8. Surat makluman naik taraf kuiz
  9. Surat siaran penggunaan VLE - TKPPM (28 Mei 2015)

Sila isi borang online ini :-

KEHADIRAN ONLINE BENGKEL PEMBUGARAN VLE KEPADA ADMIN SEKOLAH

Wednesday, September 9, 2015

ANALISIS PENGGUNAAN LAMAN PEMBELAJARAN MAYA (VLE) MINGGU KE-37 2015 (03 SEPTEMBER - 09 SEPTEMBER 2015)

Kepada: Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Zon Cheras.

Tuan,
Bersama-sama ini disertakan analisis penggunaan Frog VLE bagi minggu ke-37  iaitu dari 03 SEPTEMBER 2015 - 09 SEPTEMBER 2015. Untuk makluman semua  peratus KPI pada bulan September 2015 ialah 17.7%. Terdapat peningkatan penggunaan VLE pada minggu ini.  Diharap sekolah dapat tingkatkan usaha untuk tingkatkan penggunaan VLE di minggu mendatang. Terima kasih.


Catatan: Klik pada gambarajah untuk melihat paparan yang lebih besar.